Banyak Berfikir, Otak Lebih Efisyen?



Aduii....otak ni penuh dengan perkara-perkara yang belum selesai utk dilaksanakan....

1. Edit gmbar-gambar untuk promosi jualan (bisnes baru nak mula).
2. Hadiah apa untuk pertandingan cipta logo atau tangguhkan je sebab begitu sibuk sekarang.
3. Dengan siapa nak ke china? (untuk ambil stok jualan) - nak bawa suami, tapi tak sanggup tinggalkan anak kepada orang lain, nak bawa anak pula takut tak sempat nak berurusan sebab sibuk dengan dia je...
4. Nak beli mannequin untuk display produk.
5.  Nak exam sekolah 23 & 28 ni...

 Apabila stress memikirkan banyak perkara, saya suka mengingat kata-kata Irfan Khairi yang dipetik dari  blog beliau :

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.
Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.
Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.
Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!
Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

0 Responses to “Banyak Berfikir, Otak Lebih Efisyen?”:

Leave a comment