7 Langkah Memulakan Perniagaan?

Semasa sedang surfing, tiba-tiba ternampak satu artikel yang saya rasa penting untuk diri saya. Saya jumpa artikel di bawah ni dalam blog saudara Fahmi...saya tumpang baca dan tumpang copy ye en. fahmi... ;)

 
7 Langkah Memulakan Perniagaan.

1. Bina keikhlasan dan akhlak yang mulia dalam diri.

2. Tetapkan matlamat, misi dan visi perniagaan (konsep niat).

3. Utamakan perniagaan yang benar-benar diperlukan oleh pengguna. Jangan sesekali membuatkan orang lain menggunakan barangan/perkhidmatan yang tidak perlu atau terpaksa melakukannya kerana dipujuk oleh anda. Tanamkan konsep ‘menolong sambil menjana untung’.

4. Senaraikan bentuk perniagaan yang ingin diceburi. Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.

5. Dapatkan khidmat nasihat serta menimba pengalaman daripada individu yang berjaya, peniaga dan syarikat yang pernah muflis, yayasan atau jabatan serta agensi kerajaan seperti MARA, FELDA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MITI, PUNB, TEKUN dan sebagainya. Jangan malu untuk bertanya!!

6. Mulakan perniagaan dalam bidang yang anda tahu. Gunakan bakat, minat, ilmu dan kemahiran anda sebaiknya. Luaskan skop ilmu, kemahiran dan horizon pemikiran anda. Amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

7. Jika anda bekerja, jangan berhenti kerja dahulu sebelum perniagaan anda benar-benar kukuh. Bagaimanapun, pastikan perniagaan anda tidak menjejaskan tugas hakiki dan prestasi kerja anda.


Let's Talk About Peace
- faHmi iBrahim -

Logo HKFC baru siap!

Hmm...Dalam duk kalut2 nak exam dan nak hantar assingment nihh sempat lg saya menyiapkan logo HKFC (perniagaan yang bakal dijalankan tak lama lagi) excited rasanye nak mulakan...hehe...Walau macamana pun saya akan tunjuk pada suami jugak untuk dia buat penilaian. Manelah tau kalau-kalau ada yang kurang, boleh betulkan balik....Kiranye logo sementara la...Ni dia logonye....

Jualan Percubaan Batik Eksklusif

Emm...semalam kakak kat opis ajak buat bisnes kain batik. Maklumlah org government kan kene pakai baju batik seminggu sekali. Mungkin di atas sikap keprihatinan beliau terhadap perkara2 begitu membuatkan beliau nak bukak bisnes kain batik kott....semalam saya pon tolong la promote kain batik dia kat fb. Kain batik eksklusif dari terengganu yang diorder terus dari kilang. Dia order melalui bakal adik ipar dia. Dia ajak join bisnes tu, tp mungkin saya belum bersedia kott nak buat bisnes kain batik. Lagipun dah ada plan lain....hehehe...surprise!! jeng jeng jeng.....

So, tu lah....bila dah upload gambar kat fb n prmote sikit2 je. Setakat ni belum mendapat sambutan. Lagipun dia just nak test market je dulu. Nanti dia akan order lagi 10 psg design yang lain katanye. Hmm...mungkin bila lebih banyak choice pelanggan akan lebih suka memilih2. Lagi satu faktor gambar kene jugak cantik. baru la selera org nak tgk. Tp masa tangkap gambar semalam tu mana buat persediaan betul2..main tangkap je pakai henfon. Hehe...ni la dia gambarnye.....