7 Langkah Memulakan Perniagaan?

Semasa sedang surfing, tiba-tiba ternampak satu artikel yang saya rasa penting untuk diri saya. Saya jumpa artikel di bawah ni dalam blog saudara Fahmi...saya tumpang baca dan tumpang copy ye en. fahmi... ;)

 
7 Langkah Memulakan Perniagaan.

1. Bina keikhlasan dan akhlak yang mulia dalam diri.

2. Tetapkan matlamat, misi dan visi perniagaan (konsep niat).

3. Utamakan perniagaan yang benar-benar diperlukan oleh pengguna. Jangan sesekali membuatkan orang lain menggunakan barangan/perkhidmatan yang tidak perlu atau terpaksa melakukannya kerana dipujuk oleh anda. Tanamkan konsep ‘menolong sambil menjana untung’.

4. Senaraikan bentuk perniagaan yang ingin diceburi. Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.

5. Dapatkan khidmat nasihat serta menimba pengalaman daripada individu yang berjaya, peniaga dan syarikat yang pernah muflis, yayasan atau jabatan serta agensi kerajaan seperti MARA, FELDA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MITI, PUNB, TEKUN dan sebagainya. Jangan malu untuk bertanya!!

6. Mulakan perniagaan dalam bidang yang anda tahu. Gunakan bakat, minat, ilmu dan kemahiran anda sebaiknya. Luaskan skop ilmu, kemahiran dan horizon pemikiran anda. Amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

7. Jika anda bekerja, jangan berhenti kerja dahulu sebelum perniagaan anda benar-benar kukuh. Bagaimanapun, pastikan perniagaan anda tidak menjejaskan tugas hakiki dan prestasi kerja anda.


Let's Talk About Peace
- faHmi iBrahim -

0 Responses to “7 Langkah Memulakan Perniagaan?”:

Leave a comment