Lega dah beli mannequin

Uishh dah lame rasenye tak update blog ni sampai kawan saya pon dah tanye, bila nak update. Haritu ekcelli nak update disebabkan mase tidak mengizinkan jadi saya pon menangguhkan lah niat suci itu. hehe..Untuk menjadi penulis blog yang baik tak boleh dan tak bagus untuk menangguh-nangguhkan kerja-kerja pengemaskinian blog nih...tu la kalau boleh saya cuba sedaya upaya...idea sebenarnye mencurah-curah tetapi kalau dah ditangguhkan alamatnye idea yang mencurah-curah pon tak tercurah....eh, tp kan....saya ada dengar pendapat pembaca blog. Dorang kata, blog yang best dan menarik adalah blog yang ada baaaaaanyak gambar. Betul ke macam tu? Dorang kata, kalau blog banyak sangat cerita dorang malas nak baca sangat tetapi, kalau ada banyak gambar, dorang minat melawat selalu. Hmm....point yang itu saya perlu take note sebab mungkin boleh bantu meramaikan pembaca blog saya. Dorang cakap lagi, bukan tak boleh mengarang dalam blog tetapi perlu menarik ceritanye dan secara ringkas sahaja. Pastu letak gambar banyak2. Hmm....

ok...ok...ok...

Bukan nak cerita pasal blog...sebenarnye nak cerita pasal  update terkini tentang pakaian2 saya nak jual tu. Mula-mula poyo edit pakai photoshop. Punya la mencabarnye Tuhan je yang tau....memang kene tekun dan sabar....Tak sempat pun siap edit semua baju-baju, kebetulan suami saya free satu hari tu. Dia drive saya ke KL. Cuba teka pergi mana? hehe...pergi beli mannequin!! Eee best sangat....Dapat la sekor/sorang yang berharga RM320. Tak payah la saya edit dengan susah payah lagi. Just snap je gambar dan touch-up sikit-sikit dan upload. Tak payah touch-up pun ok. Hehe....Best best best...So, sekarang semua gambar dah masuk laptop. Tinggal lagi nak masuk dalam laman rasmi HKFC je. Mudah-mudahan berjalan lancar.

Di bawah ni adalah hasil edit dr photoshop dan gambar pakaian yang dipakaikan kepada mannequin :


Banyak Berfikir, Otak Lebih Efisyen?



Aduii....otak ni penuh dengan perkara-perkara yang belum selesai utk dilaksanakan....

1. Edit gmbar-gambar untuk promosi jualan (bisnes baru nak mula).
2. Hadiah apa untuk pertandingan cipta logo atau tangguhkan je sebab begitu sibuk sekarang.
3. Dengan siapa nak ke china? (untuk ambil stok jualan) - nak bawa suami, tapi tak sanggup tinggalkan anak kepada orang lain, nak bawa anak pula takut tak sempat nak berurusan sebab sibuk dengan dia je...
4. Nak beli mannequin untuk display produk.
5.  Nak exam sekolah 23 & 28 ni...

 Apabila stress memikirkan banyak perkara, saya suka mengingat kata-kata Irfan Khairi yang dipetik dari  blog beliau :

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.
Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.
Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.
Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!
Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Pertandingan Mencipta Logo?

Logo, Logo, Logo....

Tak habis habis lagi nak pikir pasal logo HKFC ni sebenarnye. Haritu tunjuk pada kawan (dilla - http://adiladin.blogspot.com) tentang logo sementara HKFC. Pastu dia cakap tak ceria, nampak suram dengan kata lain mungkin dia maksdkan "tak cantik" cuma dia tak cakap direct je...hehe....hmm....balik rumah tunjuk pada husband. Dia cakap tak sesuai. Sebab ada naama kitorang...hehe...so, dia taknak la nama-nama ada kat logo tu. Hmm...pikir punya pikir, cari punya cari....sampai lah sakit kepale otak rasenye. Akhirnya terpikir satu idea yang mungkin dah biasa orang buat tapi saya baru terpikir nak buat...hehe...iaitu adakan pertandingan mencipta logo secara online. Siapa yang menang pertandingan tu akan diberikan hadiah yang berbaloi dengan usaha peserta tu menyertai pertandingan. Hmm..idea nampak menarik sekali gus dapat menambah kenalan. ;) okey...saya nak g perah otak fikirkan pelaksanaan aktiviti ni...hehe...see u....

Import Dari Blog Lama

Salam.

Blog sebelum ni telah jahanam. Maklumlah masih dalam tempoh pembelajaran tentang aktiviti2 blogging nih....Nasib baiklah  boleh import je post2 lama tu. So, saya pon import je masuk kat sini....aduiii...pening gak kalau tak biasa ni kan. So, juat nak update bahawa se nye hari sabtu lepas baru je attend kursus memborong ke china yang mana kursus tersebut mendedahkan tentang cara-cara untuk memborong barangan di sana. Bahasa mandarin yang basic juga ada diajar bagi memudahkan urusan jual beli di sana nanti. Persediaan kursus seperti itu penting untuk saya yang baru nak berjinak2 dalam bidang perniagaan. So, rasa macam nak pegi cepat2 ke china supaya boleh jalankan perniagaan secepat mungkin. Buat masa ni masih sedang dalam perancangan sebab biasalah, kalau dah berkeluarga ni mestilah kene mndapat persetujuan bersama dulu kan. So, harap2 projek ni berjaya...amin...hehe

Great People

I wish I can do a something great like her  :)
SITI Nurhaliza dianugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena All Stars, Genting Highlands, 4 April 2010

Panduan Tulis Blog - myjazmanie.com



Beberapa minggu yang lalu agak stress dengan kerja-kerja sekolah yang berbakul-bakul. Walaupun agak stress tetapi perjuangan mesti diteruskan! Now agak lega sedikit, walaupun 2 minggu lagi final exam akan bermula. Tapi takpe bisa diatur, sebab masa sibuk dengan assingment pun 44 kali duk belek2 module dan text book so, secara tak langsung cover dah sikit2 utk final exam. But still kene ulang balik la dari bab 1 untuk mengasah lagi daya ingatan. Ermm...elcelli bukan nak cerita pasal final exam, study or whatsoever, cuma nak letak panduan untuk diri sendiri dan juga utk sesiapa yang terbaca lah. Saya kan budak baru belajar ber belog. So, kene lah dapatkan sedikit panduan. So, semasa dalam pencarian, jumpa lah myjazmanie.com - ideas.think.share - yang cerita pasal panduan tulis blog. So, ini yang diceritakan : -

 100 IDEA UNTUK BLOG PART 1
  1. Reign supreme – maksudnya dalam blog posting sebegini blogger cuba letakkan dirinya sebagai seorang yang berkuasa dan mampu untuk membetulkan sesuatu keadaaan atau situasi. Sebagai contoh, bila masuk tandas awam selalunya kotor dan berbau busuk. Jadi blogger boleh gunakan idea sekiranya dia menjadi Datuk Bandar atau Yang Berhormat apa yang dia akan buat untuk atasi masalah tandas kotor dan berbau tu, idea boleh dibuat secara realistik mahupun bombastic. Imej yang sesuai akan menyerikan lagi suasana posting tu;
  2. Fess up – Maksudnya dalam blog posting tidak perlu tunjukkan contoh yang hebat dan kejayaan semata-mata, pelawat pun hendak tahu kegagalan dan kekecewaan yang pernah di alami oleh blogger terlibat. Sebagai contoh, boleh ceritakan peristiwa yang menyebabkan sampai sekarang begitu allergic dengan subjek matematik, ataupun berapa kali kita gagal dalam usaha untuk mengorat seseorang. To err is human…dan human learn from mistakes;
  3. Give us something – Berikan sesuatu yang istimewa kepada pelawat. Maksudnya Blogger juga boleh kongsikan pengalaman hadiah mendapat hadiah paling bernilai dalam hidup, siapa pemberinya dan kenapa dapat hadiah tu, dan apa hadiah yang paling diidamkan.
  4. Exploit the youth – Gunakan peluang berinteraksi dengan kanak-kanak atau golongan lebih muda dan kongsikan di dalam blog kita. Sebagai contoh perbualan bersama budak berusia 4 atau 5 tahun mengenai sesuatu perkara mungkin menjadi menarik kerana persepsi kanak-kanak adalah berlainan dengan orang dewasa. tuliskan perbualan tersebut dalam bentuk skrip, pasti ianya akan menarik;
  5. Be a sage – ramai orang suka memberitahu orang lain apa yang patut dan tidak patut dibuat dalam hidup. Cuba ingat kembali ada tak nasihat atau pandangan daripada orang sekeliling kita yang melekat dalam diri kita dan memberikan pengajaran kepada kita, tak kira sama ada hasilnya baik ataupun buruk. Ceritakan pengalaman tu sebagai blog posting kita dan pastinya ramai pelawat suka berkongsi pandangan dan pendapat mengenainya;
  6. Count your blessings – Blog juga boleh digunakan untuk menyenaraikan cita-cita dan impian yang seorang blogger itu kehendaki sepanjang hidup mereka. Maksudnya blogger boleh gunakan satu posting khas mengenai apa yang boleh menggembirakan dia dalam hidup ni, dan bagaimana pula usaha yang dah dilakukan untuk capai impian tersebut;
  7. Examine your paperwork – Maksudnya blogger boleh gunakan blog posting untuk semak semula hasil kerja dan nota-nota yang di catat selama ini, mungkin dalam diari lama atau sebagainya dan kongsikan bagaimana tahap pemikiran pada masa itu bersama pelawat. Sebagai contoh blogger lelaki boleh gunakan pengalaman semasa nak kena sunat dan apa catatan yang ditulis pada masa tu. Ataupun mungkin juga tugasan atau assignment pertama yang mendapat markah paling tinggi atau paling corot;
  8. Talk back – Kaedah ni rasanya dah ramai blogger buat, maksudnya blogger respon atau luahkan pandangan terhadap sesuatu situasi, artikel dalam surat khabaratau majalah, siaran TV dan sebagainya. Sebagai contoh ramai yang bagi respon terhadap siri TV Halimah Jongang, Raja Lawak, berita dan sebagainya. Pelawat suka membaca pandangan yang lain selain daripada yang diberikan dalam media arus perdana tu;
  9. Transform yourself – Manusia sentiasa bertukar-tukar fikiran dan persepsi mereka, begitu juga blogger dan kaedah penulisannya. Cuba letakkan diri blogger dalam perspektif yang berbeza-beza, sebagai contoh sebagai pencuci tandas, sebagai profesional, sebagai pekebun, sebagai burung dan sebagainya. ia akan mempelbagaikan kaedah penulisan dengan pengalaman yang lain kepada pelawat; dan
  10. Get nostalgic – Kaedah ni pun dah ramai jugak blogger yang buat, recall pengalaman dan nostalgia dulu-dulu yang melucukan dan sesuai untuk dikongsikan bersama pelawat blog. Sebagai contoh mungkin boleh ceritakan pengalaman di kejar anjing semasa balik dari mengaji, atau lagu-lagu yang selalu mak dan ayah kita pasang semasa mereka muda, macam lagu Uji Rashid ke, Hail Amir ke..tak pun R.Azmi.

100 IDEA UNTUK BLOG PART 2

  1. Curate the Web – Dalam sesuatu masa bila kita rasa kita tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan, bantu pelawat dan rakan blogger kita  dengan cadangkan blog atau laman web yang kita rasa best dan bermanafaat kepada pelawat dan rakan blogger kita. Sediakan link kepada blog atau web tersebut dan kenapa kita rasa ianya menarik dan patut di lawati. Kaedah ni juga boleh kita buat kalau kita sedang bercuti atau balik kampung dan tidak sempat kemaskini blog kita. Contohnya kalau korang tak ada apa nak kongsikan dalam blog, boleh promote blog saya ni kepada rakan-rakan lain muahaha :D ;
  2. Play favorites – Kita juga boleh senaraikan apa sahaja perkara yang kita rasa menarik dan menjadi kegemaran kita sepanjang masa seperti movie, buku, majalah, lagu , tempat percutian dan sebagainya. Tak perlu terangkan panjang sangat, cukup sekadar point penting kenapa senarai tu begitu bermakna untuk kita. Contoh mudah blog saya ada buat senarai blog direktori malaysia, senarai individu terkaya dunia, senarai orang paling kaya malaysia, senarai blog pelukis komik malaysia, senarai webhosting terbaik malaysia, senarai program affiliate dan setakat ni bagi blog ni yang paling banyak hit sampai cecah 45GB monthly bandwidth adalah senarai promosi buka puasa .
  3. Act on ceremony – Melalui kaedah ni kita juga boleh tulis mengenai hari istimewa bagi diri dan keluarga kita  yang sentiasa kita raikan dan apa aktiviti yang kita buat sempena hari tersebut, contohnya aktiviti berkhemah depan rumah atau barbaque setiap kali menyambut tahun baru. Pelawat pastinya seronok membaca pengalaman unik tersebut.
  4. Watch your language – Kita juga boleh bermain dengan bahasa atau perkataan dalam blog posting kita. Gunakan blog posting untuk hebahkan perkataan atau bahasa yang kita suka dan menarik untuk dikongsikan dengan rakan dan pelawat blog. Sebagai contoh hebahkan kata-kata ‘Kau hensem aku pun hensem’ dan tengok apa reaksi rakan dan pelawat.
  5. Fill the gaps – Juga gunakan kenangan dan memori lama kita untuk dikongsikan bersama pelawat dan pembaca, upload gambar lama masa kecil, remaja atau zaman sekolah dulu dan terangkan apa yang terjadi dalam gambar tu serta kenapa gambar tu begitu bermakna dalam hidup kita. Juga boleh guna bau yang mengingatkan kita kepada sesuatu perkara. Contohnya bau paling best adalah bau rumput dan pokok selepas hujan, kenapa kita rasa begitu ada dan apa peristiwa yang sebabkan kita suka sangat bau tu.
  6. Mine consumer culture – Kita boleh kongsikan dengan pelawat dan pembaca barang, peralatan, produk dan sebagainya yang cukup bermakna dan memuaskan hati kita dan terangkan faedah dan jasa barang tersebut kepada kita. Contoh mudah kenapa kita sukakan handphone buruk kita ni sedangkan dah macam-macam model yang dah keluar.
  7. Dial a post – Melalui kaedah ni kita boleh kongsikan dengan pembaca dan pelawat rakaman-rakaman lama yang pernah kita rakam dahulu sama ada melalui voicemail, perbualan telefon dan sebagainya. Kalau kejadian lucu dan lawak lagi seronok. Mungkin dengan adanya Youtube semuanya jadi lebih mudah, kita boleh kongsikan video aktiviti yang kita buat.
  8. Spill everything – Perkara paling seronok untuk diketahui oleh rakan dan pembaca adalah perkara-perkara yang tidak terjangka oleh kita, melalui kaedah ini kita juga boleh kongsikan apa yang ada dalam beg sekolah, beg bekerja, wallet, hand bag, laci meja kita. Pastinya ada benda dan barangan pelik yang hanya kita mengetahui keistimewaannya dan pastinya pembaca teruja untuk turut menyelongkar barangan pelik kita.
  9. Give us your scraps – Melalui cara ni kita boleh kongsikan nota kecil atau catatan peribadi kita yang kita buat dalam sesuatu situasi, contohnya apa yang kita tulis dalam buku catatan semasa menghadiri mesyuarat, ataupun catatan kita terhadap buku atau majalah yang kita baca, yang kita conteng muka atau mula-mula belajar nak buat tandatangan pun boleh dikongsikan dengan pembaca; dan
  10. Make us gasp – Kaedah terkahir dalam bab pertama ni adalah berkongsi dengan pembaca perkara-perkara unik yang ada pada diri kita, rakan baik atau keluarga kita. Pembaca akan seronok dan teruja bila dapat mempelajari sesuatu benda baru, kalau ada rakaman video atau gambar-gambar lagi bagus. Contohnya seperti kebolehan kita menggerakkan telinga, aksi gimnastik, makan 5 burger dalam tempoh 1 minit, menulis guna kaki dan seumpama dengannya. Semua tu akan buat pembaca kagum dan seronok.
Mengikut penulis myjazmanie.com panduan2 ini didapati dari hasil pembacaan beliau dari sebuah ebook yang sedang beliau baca iaitu ‘No One Cares What You Had for Lunch, …100 Ideas for Your Blog ‘yang tulis oleh Margaret Mason pada tahun 2007. So, terima kasih kerana sudi berkongsi ye... i like....